Thursday, 7 May 2009

PDRM pohon kendali pengambilan anggota
Abdul Rahim Sabri May 7, 09 3:47pm
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon supaya pasukan dibenar mengendalikan sendiri proses pengambilan anggotanya bagi mengatasi masalah kelewatan sekarang.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata permohonan tersebut telah dibuat kepada perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi .Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya belum mendapat sebarang keputusan berhubung permohonan tersebut.Bercakap kepada pemberita di ibunegara ini hari ini, Musa berkata, permohonan tersebut dibuat tahun lalu."Saya ada memohon kepada Tun Abdullah untuk mendapatkan kuasa melatik penjawat awam diberikan kepada kita, tetapi belum lagi mendapat apa-apa kelulusan daripada SPA (Suruhanjaya Perkhimatan Awam)," katanya.Musa berkata, langkah menambah bilangan penjawat awam memerlukan masa."Saya dah turunkan 800 pegawai polis berunifirom daripada Bukit Aman turun ke bawah dan berharap dapat pengganti.Kurang anggota"Sebab-sebab lewat kerana ianya memerlukan masa. Oleh sebab itu, kadangkala tugas-tugas pejabat perlu dilakukan. Tetapi kita short-handed (kurang anggota), sebab tak cukup penjawat awam."Walaubagaimana pun penjawat awam cukup komited dan mereka tidak ragu-ragu untuk double-up (menggandakan kerja). Tugas mereka dapat disempurnakan dengan baik," katanya.Menjawab soalan pemberita berhubung tindakan orang ramai mengambil tindakan undang-undang sendiri, membelasah seorang suspek di Klang semalam, Musa berkata, tindakan tersebut tidak betul."Saya minta kepada orang ramai, jangan ambil tindakan undang-undang sendiri. kalau nak bantu, bantulah secara ilkhlas," kata Musa.Menurut Musa, sekiranya seorang suspek penjenayah dapat ditangkap, maka penjenayah tersebut tidak boleh diperlakukan kekerasan terhadapnya.Sebaliknya, tambahnya, suspek penjenayah tersebut perlu dijaga keselamatannya.Kes belasah suspekBeliau berkata demikian sewaktu mengulas kejadian seorang suspek penjenayah yang dibelasah pada hari Jumaat dan disahkan mati keesokan harinya.Katanya, polis sedang menyiasat kejadian tersebut, dan akan mengambil tindakan sewajarnya.Musa juga menyatakan kesediaan polis bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengadakan operasi membanteras kegiatan mat rempit."Menteri Dalam Negeri telah mengarahkan satu pasukan petugas diwujudkan, bukan sahaja untuk operasi, tetapi untuk mengenal pasti mat rempit dan mengubah pendirian mereka, untuk memulihkan mereka... insya-Allah kita akan bantu pasukan ini."Kita akan beroperasi secara berkala dengan JPJ, insya-Allah untuk menggembleng tenaga supaya segala tindakan diambil secara berkesan," tambahnya.Mengulas mengenai seorang pegawai pasukan gerak awam (PGA) yang ditemui mati di pos kawalan di Padang Besar, Musa berkata, kejadian tersebut masih dalam siasatan.Katanya, beliau masih menunggu laporan untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

1 comment: